The Alami Report
Home   /   The Alami Report  /   Apa berlaku di UtaraThailand ?

Apa berlaku di UtaraThailand ?

By: Nik Rakib Nik Hassan   

 

         alaminews :  Pada 30 April 2012 jam 1.30 petang Mr. Kamol Thomyawidya, penasihat kanan Jawatankuasa Perhubungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk Wilayah Sempadan Selatan Thailand bersama 8 orang wakil masyarakat Muslim membincang masalah pembantahan pembinaan masjid dengan Mr. Anat Widanukul, Ketua Setiausaha Provinsi Chiangrai.

           Penduduk di Daerah Viangpapao member alas an bahawa masyarakat agama Buddhist tidak ingin agama lain mendiami ditempat mereka. Kemudian mereka bergabung dengan penganut agama kristian lebih kurang 300 orang mengadakan tunjuk perasaan membantah pembinaan masjid tersbut pada 24 April lepas.

            Mr. Kamol Thomyawidya menyatakan pembinaan masjid ini adalah hasil dari pengorbanan masyarakat Muslim setempat mengumpul dana untuk membeli tanah pembinaan masjid tersebut. Pembinaan masjid ini telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

            Pada hari tersebut, terdapat surat layang bertaburan di seluruh daerah Viangpapao supaya masyarakat Buddhist membangkit untuk membantah pembinaan masjid tersebut. Surat layang tersebut menjelaskan bahawa masyarakat Buddhist di daerah tersebut tidak ingin masarakat agama lain berada di dalam daerah tersebut. Dan menyeru masyarakat Buddhist menyikirkan pegawai kerajaan yang meluluskan permohonan pembinaan masjid itu.