Hot Stories
Home   /   Hot Stories  /   Kurangkan Keganasan pada bulan mulia "Ramadan.”

Kurangkan Keganasan pada bulan mulia "Ramadan.”Dengan penuh harapan 

             Alami News : Perbincangan  pada pusingan ketiga di antara wakil-wakil pemerintah Thailand dan Kumpulan BRN di Kuala Lumpur  yang  menghabiskan  lebih daripada 11 jam, ia seolah-olah  telah menuju  kearah  yang lebih positif.

              Leftenan  Paradon Pattanathabut  Setia usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata “perbincangan telah berjalan  dengan lancar. Yang merupakan isu utama adalah permintaan  5 Perkara. Beliau berkata lagi bahawa pihaknya  tidak dapat menunai permintaan  5 perkara tersebut, kerana  tuntutan itu tidak jelas.”

            Isu keganasan pada bulan Ramadan. Kedua-dua pihak perlu memikir langkah-langkah yang sama-sama dapat melaksanakannya dan dapat berkungsi  di antara dua pihak sebelum  tiba bulan Ramadan.Dalam hal ini pihak BRN terima dengan baik,Kerana semua pihak  mencari penyelesaian keselamatan nyawa dan harta rakyat. Hanya perlu mencari langkah-langkah selanjutnya. Kerana bulan Ramadan adalan Bulan yang mulia.

"Suasana perbincangan pada keseluruhanya  adalah suasana yang lebih baik berbanding dengan perbincangan yang  lalu,lebih jelas dan ada peningkatan  "kata Leftenan

       
 
              Encik Abdul Rahman Abdul Samad President  Ikatan  Ahli jawatan kuasa Majlis Agama Islam lima wilayah  berkata”bulan Ramadan dianggap bulan suci kerana  umat Islam di seluruh dunia mengerjakan berbagai-bagai  ibadat . Jika ia adalah satu permintaan,kumpulan  tersebut sepatutnya bersetuju dengan permintaan itu .”

            “ Rundingan akan mengambil masa oleh kerana masalah keganasan yang berlaku di kawasan tempatan yang  melarut panjang itu. Kini kaki tangan Kerajaan,Setiausaha  MKN, Setiasa usaha Pusat  Pentadbiran wilayah sempadan( So-or-bo-to)  bekerja sepenuhnya.Cuba untuk membuka perbicaraan untuk sektor awam. Dalam usaha untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk rakyat di semua peringkat."

            Encik Abdul Rahman tambah lagi “kita kini mempunyai satu permulaan yang baik. Terutamanya untuk mengembalikan keadilan ,dalam hal ini Setiausaha So-or-bo-to  telah berkerja  keras untuk menjayakannya,memberi sukongan penggunaan Bahasa Melayu, label tiga bahasa, berlaku adil kepada orang-orang sesat. Dengan ini saya memberi semangat kepada wakil-wakil  perbincangan dari Negara Thailand. Dan saya bercaya bahawa rakyat negara ini ingin melihat perbincangan  bergerak ke hadapan. "

            Kolonel Thawi sodsong  Setiasa usaha Pusat  Pentadbiran wilayah sempadan(so-or-bo-to) berkata “So-or-bo-to cuba mendengar pengesyuran dari setiap lapisan rakyat. Suara rakyat adalah satu bahagian penting dalam kerja-kerja saya dan  kaki tangan pekerja. Penyelesaian terbaik adalah memberi  peluang penduduk tempatan menyelesaikan masalah mereka sendiri.

          "Semua sektor ingin keganasan menjadi  tenang  oleh kerana kaji selidik pendapat awam di kawasan itu,yang bersetuju dengan rundingan  hampir seratus peratus,ingin bahawa pihak Kerajaan berkerja di bidang keadilan dan sudah lama  kita melaksanakannya ,dapat lihat hasil dengan mata kepala . "